Posts

Unsur-unsur multimedia 1.       Teks   Teks merupakan komponen asas dalam sistem multimedia. Ia mempunyai pelbagai jenis dan bentuk tulisan yang berupaya memberi daya tarikan dalam penyampaian sesuatu informasi. Teks juga boleh digunakan untuk memberikan penekanan bagi sesuatu isi kandungan yang ingin disampaikan (Jamalludin & Zaidatun, 2000). Dalam konteks pendidikan, teks dalam multimedia digunakan sebagai asas penyaluran sesuatu maklumat untuk capaian pelajar melalui bantuan komputer. Penyaluran teks dalam multimedia dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih sempurna. Ini membolehkan sesuatu maklumat atau informasi disampaikan dan disebarkan kepada pelajar dengan mudah dan berkesan. Atas dasar tersebut, teks merupakan salah satu media utama yang diperlukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi tujuan penyampaian sesuatu isi kandungan mata pelajaran melalui multimedia (Vivi Lach 2006). Dengan teknologi ini...
Peranan Microsoft Power Point Microsoft Power Point merupakan salah satu daripada perisian persembahan grafik yang popular. Program ini dapat membantu guru-guru untuk menghasilkan persembahan slaid yang menarik, sama ada pada skrin komputer atau pun dalam bentuk slaid transparensi. Program ini juga menyediakan beberapa cara yang mudah untuk membina sesuatu persembahan yang menarik untuk tujuan pendidikan. Guru bebas memilih kaedah yang sesuai dengan objektif dan kemahiran mereka. Selain itu, perisian ini mudah dipelajari dan dikendalikan. Antara lain juga, perisian ini mengandungi pelbagai elemen yang boleh digunakan oleh guru seperti audio, grafik dan animasi. Unsur-unsur media yang terdapat dalam perisian ini dapat menarik minat murid untuk mempelajari apa yang terkandung dalam power point. Antara kelebihan lain perisian ini ialah:  a) Menyediakan jenis template yang konsisten dan kemas.  b) Menyediakan operasi yang mudah untuk mengorganisasikan kesemua elemen r...
Peranan Video dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan Memudahkan proses pengulangan  Menerusi penggunaan video, sesuatu penerangan yang perlu dilakukan secara berulang-ulang boleh dilakukan dengan lebih mudah. Sebagai contoh pengulangan sesuatu proses boleh dipaparkan berulang-ulang agar murid dapat memahami sesuatu proses dengan lebih baik Meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran  Video mampu menjadikan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan kerana ianya mampu meningkatkan kefahaman murid. Murid juga boleh belajar secara individu atau kumpulan tanpa kehadiran guru Maklumat lebih realistik  Video mampu mempersembahkan sesuatu mesej dalam keadaan yang lebih realistik atau menyerupai keadaan yang sebenar. Ini mampu memberikan perasaan kepada pelajar yang mana mereka seolah-olah berada dalam situasi atau keadaan yang sebenar. Contohnya, guru hendak menerangkan proses letusan gunung berapi. Maka penggunaan video adalah s...
Pembelajaran Abad ke 21 Pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) merupakan salah satu elemen yang penting dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Ramai guru berasa takut dan keliru dengan PAK-21 kerana kurang memahami konsepnya . Sebenarnya, PAK-21 menekankan pembelajaran berpusatkan murid dan berunsur kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Berikut ialah 9 contoh aktiviti dalam kelas yang boleh digunakan oleh para guru dalam bilik darjah abad ke-21. 1. Round Table  • Murid duduk dalam kumpulan dan guru mengemukakan satu topik.  • Secara bergilir, murid memberi dan mencatat satu idea dengan menggunakan pen dan kertas yang sama.  • Hasil dapatan dirujuk dan dibentang.  • Sesuai untuk murid tahap dua sekolah rendah dan murid sekolah menengah 2. Think-Pair-Share  • Guru memberikan topik dan murid berfikir sendiri dalam jangkamasa tertentu.  • Masa tamat dan murid berkongsi idea bersama pasangan.  • Murid seterusnya berkongsi idea dengan keseluru...
Apa itu Teknologi Dalam Pendidikan? Teknologi dalam pendidikan bukan lagi suatu isu yang baru untuk dibincangkan. Pengajaran berasaskan teknologi seperti komputer, kalkulator saintifik, perisian dinamik bergrafik mahupun media teknologi maklumat sering digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Apa kepentingan Teknologi dalam Pendidikan? Menyedari kepentingan penggunaan ICT pada masa kini, maka guru digalakkan mengukuhkan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran. Antara usaha untuk membentuk satu proses pengajaran supaya pelajar memahami sesuatu konsep adalah dengan mengintegrasikan penggunaan teknologi dalam bentuk yang boleh difahami oleh pelajar. Untuk menjadikan suasana pembelajaran lebih bermakna dengan mengintegrasikan teknologi di dalam pengajaran ini juga, guru perlu mempunyai kesediaan dan pengetahuan mengenai teknologi yang akan digunakan. Terutamanya memberi perhatian terhadap bagaimana dan bila teknologi dapat digunakan dengan berkesan di dalam...