Peranan Microsoft Power Point


Microsoft Power Point merupakan salah satu daripada perisian persembahan grafik yang popular. Program ini dapat membantu guru-guru untuk menghasilkan persembahan slaid yang menarik, sama ada pada skrin komputer atau pun dalam bentuk slaid transparensi. Program ini juga menyediakan beberapa cara yang mudah untuk membina sesuatu persembahan yang menarik untuk tujuan pendidikan. Guru bebas memilih kaedah yang sesuai dengan objektif dan kemahiran mereka. Selain itu, perisian ini mudah dipelajari dan dikendalikan. Antara lain juga, perisian ini mengandungi pelbagai elemen yang boleh digunakan oleh guru seperti audio, grafik dan animasi. Unsur-unsur media yang terdapat dalam perisian ini dapat menarik minat murid untuk mempelajari apa yang terkandung dalam power point. Antara kelebihan lain perisian ini ialah: 

a) Menyediakan jenis template yang konsisten dan kemas.

 b) Menyediakan operasi yang mudah untuk mengorganisasikan kesemua elemen reka bentuk, latar, warna, corak serta aturan perisian. 

c) Menambah gambar atau objek ke dalam slaid yang disediakan bila-bila sahaja. 

d) Dapat melahirkan animasi slaid.

 e) Sesuai untuk membina kemahiran menulis pelajar terutamanya dalam merumuskan karangan

Comments

Popular posts from this blog