Peranan Video dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan
Memudahkan proses pengulangan
- Menerusi penggunaan video, sesuatu penerangan yang perlu dilakukan secara berulang-ulang boleh dilakukan dengan lebih mudah. Sebagai contoh pengulangan sesuatu proses boleh dipaparkan berulang-ulang agar murid dapat memahami sesuatu proses dengan lebih baik
Meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
- Video mampu menjadikan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan kerana ianya mampu meningkatkan kefahaman murid. Murid juga boleh belajar secara individu atau kumpulan tanpa kehadiran guru
Maklumat lebih realistik
- Video mampu mempersembahkan sesuatu mesej dalam keadaan yang lebih realistik atau menyerupai keadaan yang sebenar. Ini mampu memberikan perasaan kepada pelajar yang mana mereka seolah-olah berada dalam situasi atau keadaan yang sebenar. Contohnya, guru hendak menerangkan proses letusan gunung berapi. Maka penggunaan video adalah sesuai kerana ianya menyerupai keadaan sebenar yang telah disunting agar sistematik dan mudah difahami
Memudahkan proses pengulangan
- Menerusi penggunaan video, sesuatu penerangan yang perlu dilakukan secara berulang-ulang boleh dilakukan dengan lebih mudah. Sebagai contoh pengulangan sesuatu proses boleh dipaparkan berulang-ulang agar murid dapat memahami sesuatu proses dengan lebih baik
Comments
Post a Comment