Apa itu Teknologi Dalam Pendidikan?


Teknologi dalam pendidikan bukan lagi suatu isu yang baru untuk dibincangkan. Pengajaran berasaskan teknologi seperti komputer, kalkulator saintifik, perisian dinamik bergrafik mahupun media teknologi maklumat sering digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Apa kepentingan Teknologi dalam Pendidikan?


Menyedari kepentingan penggunaan ICT pada masa kini, maka guru digalakkan mengukuhkan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran. Antara usaha untuk membentuk satu proses pengajaran supaya pelajar memahami sesuatu konsep adalah dengan mengintegrasikan penggunaan teknologi dalam bentuk yang boleh difahami oleh pelajar. Untuk menjadikan suasana pembelajaran lebih bermakna dengan mengintegrasikan teknologi di dalam pengajaran ini juga, guru perlu mempunyai kesediaan dan pengetahuan mengenai teknologi yang akan digunakan. Terutamanya memberi perhatian terhadap bagaimana dan bila teknologi dapat digunakan dengan berkesan di dalam kelas. Penggunaan teknologi sebagai bahan bantu mengajar juga dapat menggalakkan pembelajaran secara penemuan dan bereksperimen. Dengan menjadikan teknologi sebagai bahan bantu mengajar secara langsung dapat meningkatkan kualiti pengajaran di dalam kelas, serta meningkatkan minat dan motivasi pelajar. Oleh itu, penggunaan teknologi dalam pendidikan boleh membawa kepada pengajaran yang lebih efektif dan meningkatkan prestasi pelajar.

Mengintegrasikan teknologi dalam pendidikan dengan berkesan dapat membentuk suasana dan persekitaran pembelajaran yang bermakna, berpusatkan pelajar dan guru sebagai fasilitator. Teknologi banyak membantu pelajar dalam pendidikan. Sebagai contoh pelajar menggunakan maklumat daripada sumber internet sebagai alat kognitif untuk mendapatkan sesuatu maklumat, mengintegrasi idea baru kepada pengetahuan sedia ada untuk mempertingkatkan pengetahuan. Dengan penggunaan komputer untuk menjalankan aktiviti di dalam kelas dan kemudian berkomunikasi untuk menyampaikan apa yang mereka perolehi di dalam aktiviti juga dapat membentuk suasana pembelajaran yang aktif. Penggunaan teknologi yang bersesaian, suasana pembelajaran yang bermakna dan pelajar terlibat secara aktif secara langsung dapat menyumbang ke arah mencapai matlamat dan objektif pembelajaran.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog