ESEI KUMPULAN
WEB 2.0 KOMUNIKASI
1.0 Definisi Web
2.0
Web 2.0 dicipta oleh Dale Dougherty
pada tahun 2004. Beliau merupakan naib presiden di sebuah syarikat
pengkomputeran iaitu O’Reilly Media Inc. Menurut beliau, web 2.0 merupakan
sebuah jaringan yang merangkumi pelbagai makna termasuk pengguna boleh
menghasilkan kandungan dan berkongsi data serta maklumat yang pelbagai dengan
sesiapa sahaja. Bukan itu sahaja, ia juga boleh digunakan bersama-sama dengan
pelbagai jenis perisian sosial, berinteraksi dengan aplikasi berasaskan web dan
menggunakan web sebagai satu platform untuk menjana, menggunakan semula
kandungan dan sebagainya.
Web 2.0 adalah merupakan pengganti
atau inovasi kepada web 1.0 menurut Tims Berners Lee iaitu seorang pencipta
web. Hal ini demikian kerana ia merupakan satu jaringan piawaian yang
dihasilkan daripada web 1.0. perbezaan di antara web 1.0 dengan 2.0 adalah
melalui penggunaan, fungsi dan hak milik pengguna. Web 2.0 merupakan ruang yang
interaktif, dinamik dan fleksibel di mana pengguna boleh menyesuaikan kehendak
dan idea mereka seiring dengan fungsi yang terdapat dalam web 2.0. Keadaan ini
secara tidak langsung turut menjadikan pengguna sebagai pemilik kepada web 2.0
tersebut di samping menjadi pengunjung.
Web 2.0 mempunyai beberapa ciri
seperti penyertaan pengguna, keterbukaan, kawalan pengguna dan identiti.
Kebiasaannya, semua aspek 2.0 adalah disebabkan oleh penyertaan pengguna. Hal
ini berlaku ekoran daripada peralihan atau transisi yang terdapat dalam web2.0
itu sendiri, contohnya adalah blog, jaringan sosial, imej dan memuat naik
video. Perkara ini akan membenarkan isi kandungan atau maklumat yang dicipta
dapat dikongsi dengan mudah dengan sesiapa sahaja. Bagi aspek keterbukaan
pengguna, web 2.0 tidak mempunyai sistem yang tertutup di mana ia menghadkan
lingkungan pengguna kepada bahagian tertentu sahaja. Pihak pemaju atau pihak
syarikat boleh menggunakan web 2.0 untuk mengakses maklumat dan mencapai
aplikasi secara telus. Sifat web 2.0 yang mesra pengguna telah membolehkan
pengguna mengawal semua kandungan yang dibina termasuklah memilih identiti
untuk berinteraksi dengan orang lain di alam maya dan rangkaian sosial yang
lain. Di samping itu, pengguna juga
boleh memiliki dan mengesahkan identiti sebenar mereka dalam transaksi yang
dijalankan.
2.0 Ciri-ciri web
2.0
Menurut
Tim O`Reilly (2005), ciri pertama yang menggambarkan web 2.0 adalah web sebagai
platform. Platform bagi tujuan ini dimaksudkan sebagai tempat sesuatu aplikasi
dijalankan. Salah satu platform yang terkenal adalah Windows di mana
aplikasi-aplikasi seperti Microsoft Office dan Adobe Photoshop digunakan.
Penggunaan internet sebagai platform bermaksud aplikasi tersebut dijalankan
secara langsung dalam talian dan bukan di atas satu sistem operasi tertentu.
Contohnya seperti Google di mana ia
boleh diakses melalui mana-mana sistem operasi seperti di telefon pintar,
laptop dan lain-lain. Kelebihan aplikasi web 2.0 ini adalah penggunaannya yang
tidak lagi terbatas kepada satu sistem operasi sahaja. Malah, kita tidak perlu
untuk memasukkan apa-apa sistem semasa ingin menggunakannya.
Ciri kedua
web 2.0 adalah gabungan maklumat dan pengetahuan. Aplikasi web 2.0 telah
memanfaatkan maklumat daripada banyak pihak secara kolektif. Hasil daripada
gabungan pengetahuan daripada pelbagai pihak tersebut akan menghasilkan satu
ruangan pengetahuan yang sangat besar. Contohnya adalah Wikipedia. Wikipedia
adalah merupakan ensiklopedia atas talian yang membolehkan semua orang
mengakses maklumat melalui artikel yang dipaparkan. Maklumat tersebut pula
boleh diedit. Hasilnya, sebuah ensiklopedia atas talian yang besar akan
menghasilkan sebuah artikel yang lengkap. Contoh yang lain selain Wikipedia
adalah del.icio.us, iaitu paparan di mana semua orang akan memaparkan
pautan-pautan yang menarik yang ditemui di internet. Hasilnya, kita dapat
melihat pelbagai bahan yang menarik hasil daripada gabungan oleh ribuan orang.
Jaringan ini boleh diibaratkan seperti sel-sel otak yang saling berhubung di
antara satu sama lain didalam otak manusia.
Ciri
ketiga web 2.0 komunikasi adalah kekuatan data. Kekuatan web 2.0 adalah
terletak pada data. Aplikasi internet adalah disokong oleh asas data yang kuat
yang unik. Contohnya seperti aplikasi carian web Google, kekuatannya terletak
pada pengumpulan dan peengurusan data bagi laman-laman web di internet. Contoh lain yang boleh dilihat adalah
Amazon.com di mana ia merupakan sebuah laman yang memiliki data buku yang bukan
hanya lengkap, tetapi dilengkapi juga dengan aplikasi seperti review, kadar
pengguna, pautan ke buku-buku dan lain-lain.
Ciri keempat
web 2.0 komunikasi ialah kitaran kemaskini perisian. Google seringkali
dikemaskini data dan programnya tanpa perlu menunggu waktu-waktu yang tertentu.
Ia tidak seperti aplikasi Windows yang dikemaskini atau dinaik taraf pada
setiap dua atau tiga tahun sekali seperti Microsoft Office versi 97, 2000, XP
dan lain-lain.
Ciri
kelima web 2.0 komunikasi ialah model
aturcara yang mudah. Aplikasi web 2.0 menggunakan teknik-teknik model aturcara
yang mudah seperti AJAX dan RSS. Ia
membolehkan orang lain untuk menggunakan semula layanan suatu aplikasi web 2.0
dengan membentuk layanan baru. Contohnya
adalah seperti Google Maps di mana ia adalah aplikasi yang mudah diakses dan
dapat digunakan oleh orang lain untuk membentuk layanan yang baru seperti
mencari maklumat yang baru untuk ke satu lokasi yang diingini. Hasilnya adalah
seperti HousingMaps yang mampu menggabungkan aplikasi Google Maps dan
Craigslist.
Ciri keenam
web 2.0 bagi komunikasi ialah integrasi perisian melalui pelbagai alat
(Devices).
Aplikasi web 2.0 mampu berintegrasi
melalui pelbagai alat. Ia bukan hanya terbatas kepada platform komputer sahaja.
Contohnya, iTunes dan TiVo. iTunes dari Apple dapat berntegrasi dari talian
internet (dalam bentuk muzik online) ke komputer pengguna (dalam bentuk program
iTunes) hinggalah kepada mobile device (dalam bentuk iPod)
Seterusnya, ciri web 2.0 bagi
komunikasi yang ketujuh ialah Rich User Experience yang mana aplikasi web 2.0
mempunyai ramai pengguna walaupun hanya beroperasi di dalam browser. Teknologi
seperti AJAX membolehkan aplikasi seperti Internet mempunyai waktu untuk
bertindak balas dengan cepat. Contohnya
adalah seperti Yahoo Mail dan Gmail. Aplikasi emel ini mempunyai antara muka
pengguna yang hebat. Aplikasi yang pelbagai seperti Instant Messaging
membolehkan pengguna berinteraksi melaluinya.
Aplikasi 2.0 tidak semestinya akan
memaparkan kesemua ciri-ciri di atas. Namun, jika sesuatu aplikasi mempunyai
banyak ciri yang dinyatakan seperti di atas, maka semakin hebat aplikasi web
2.0 itu. Google telah menyenaraikan banyak aplikasi web 2.0 yang lain namun
sebenarnya masih banyak aplikasi web 2.0. Google kini telah mendapat tempat
yang teratas dalam aplikasi web 2.0. pada September 2008, Google telah
menghasilkan versi beta bagi web browser iaitu Google Chrome. Google Chrome
dihasilkan untuk memperbaiki tahap kelajuan, keselamatan dan kestabilan
browser. Menurut Net Application, Google Chrome telah mendapat tempat ketiga
bagi penggunaan web browser yang paling tinggi pada Februari 2010.
3.0 Aplikasi Web
2.0 dalam Komunikasi
Kemunculan Web 2.0 serta kemajuan
alat telekomunikasi seperti jalur lebar (broadband) dan Wifi sebagai
perantaraan untuk berkomunikasi merupakan transformasi kepada aplikasi yang
lebih interaktif. Berbanding penggunaan aplikasi Web 1.0 yang amat terhad,
aplikasi Web 2.0 menyediakan platform kepada pengguna untuk berhubung,
berkomunikasi dan berkolaborasi antara satu
sama lain. Penjanaan serta perkongsian maklumat antara satu sama lain.
Penjanaan serta perkongsian maklumat antara pengguna membantu mengembangkan
maklumat serta menjadi pusat ilmu secara tidak formal. Aplikasi Web 2.0 bagi
komunikasi terdiri daripada bahagian, antaranya ialah emel, media sosial,
pesanan segera, teks mesej, anjuran blog, perkongsian video, pemprosesan
perkataan dan sebagainya.
Aplikasi Web 2.0 yang pertama ialah
emel. Emel terdiri daripada beberapa aplikasi yang khusus iaitu gmail yang
merupakan perkhidmatan emel berasaskan Web percuma. Ia juga menyediakan
pengguna gigabait (GB) simpanan untuk mesej dan menyediakan keupayaan untuk
mencari mesej tertentu. Seterusnya, Yahoo Mail yang mempunyai megabait (MB) had
saiz mesej. Ia berkeupayaan untuk menghantar mesej daripada Yahoo. Hotmail pula
salah satu perkhidmatan emel percuma dalam talian yang paling popular yang
disedaikan oleh Microsoft. Hot Mail adalah perkhidmatan dan pengguna boleh
mengaksesnya dari pelayar Web mana-mana sahaja di dunia.
Aplikasi Web 2.0 yang kedua ialah
media sosial. Antara contoh media sosial ialah Facebook, Twitter dan Skype. Facebook
adalah sebuah laman web perangkaian sosial popular secara percuma yang
membolehkan pengguna berdaftar untuk membuat profil, memuat naik foto dan
video, penghantar mesej dan terus berhubung dengan rakan, keluarga dan rakan
sekerja. Facebook boleh didapati dalam 37 bahasa yang mempunyai ciri-ciri umum
seperti membolehkan ahli untuk menghantar, membaca, dan membalas mesej. Ia juga
membolehkan ahli untuk menghebahkan acara menjemput tetamu dan membantu mencari
rakan untuk berinteraksi. Twitter pula adalah merupakan berita dalam talian dan
perkhidmatan rangkaian sosial di mana pengguna menyiarkan dan berinteraksi
dengan mesej “tweet’ yang terhad kepada 140 perkataan sahaja. Pengguna
berdaftar boleh menghantar tweet tapi orang yang tidakmendaftar hanya boleh
membacanya. Manakala, Skype adalah aplikasi mesej segera yang menyediakan
talian mesej teks dan perkhidamatan sembang video (video chat). Pengguna boleh menghantar kedua-dua mesej teks dan
video serta boleh bertukar-tukar dokumen digital seperti imej, teks, dan video.
Sykpe juga membolehkan persidangan video.
Aplikasi Web 2.0 yang ketiga ialah
pesanan segera. Antara contoh pesanan segera ialah Google Talk, dan Yahoo Messeger. Google Talk
juga dikenali sebagai Google Chat ia merupakan satu perkhidmatan pesanan
segera. Ia menyediakan kedua-dua komunikasi teks dan suara sahaja. Yahoo
Messenger atau sering dikenali sebagai “YM” merupakan program pengirim pesanan
atau mesej secara langsung yang disediakan oleh Yahoo. Ia juga menyediakan
ruang sembang untuk bertemu rakan yang lain diatas talian.
Aplikasi Web 2.0 yang keempat ialah
teks mesej. Contoh teks mesej ialah SMS, SMS bermaksud pesanan ringkas dan juga
biasanya dirujuk sebagai mesej teks. Ia boleh menghantar mesej sehingga 160
patah perkataan kepada peranti lain. Mesej yang lebih panjang secara automatik
akan berpecah kepada beberapa bahagian. Kebanyakkan telefon bimbit menggunakan
mesej teks ini.
Aplikasi Web 2.0 yang kelima ialah
anjuran blog (Blog Prompts). Contoh anjuran blog ialah Wordpress dan Blogger.
Word Press adalah sumber terbuka dan alat penciptaan laman web dalam talian
yang ditulis dalam PHP. Ia juga aplikasi sumber terbuka yang sangat popular
sebagai mesin blog. Blog adalah bentuk aplikasi Web yang dapat diakses secara
atas talian. Ia mempunyai fungsi utama iaitu memuat tulisan-tulisan dan gambar
pada setiap laman Web (dimuat dalam bentuk posting).
Aplikasi seterusnya yang terdapat di
dalam Web 2.0 adalah perkongsian video. Contoh aplikasi perkongsian video ialah
youtube. Youtube adalah laman media yang paling popular pada hari ini. Ia
direka untuk berkongsi video dan menonton. Pengguna boleh mendaftar dengan
membuat akaun di laman Web tersebut yang membolehkan mereka untuk memuat naik
video yang boleh ditonton oleh sesiapa sahaja.
Aplikasi Web 2.0 yang terakhir
adalah Google Docs dan Whiteboard.com Free di daam kategori pemprosesan perkataan
(Word Processor). Google Docs adalah
aplikasi berasaskan Web percuma di mana dokumen dan hamparan (spredsheets)
boleh dicipta, disunting dan disimpan dalam talian. Fail yang disimpan boleh
diakses dari mana-mana komputer yang mempunyai sambungan internet. Whiteboard.com
Free pula boleh diguna secara percuma dan agak popular dengan pendidik.
4.0 Cara untuk
mengaplikasikan web 2.0 komunikasi dalam Pendidikan Khas
a) Penggunaan
aplikasi Youtube sebagai penyampaian isi pengajaran guru.
Web
2.0 komunikasi Youtube membekalkan maklumat tambahan yang boleh digunakan oleh
guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Secara tidak
langsung, ia juga dapat meningkatkan perhatian pelajar seperti pelajar Autisme
kerana pelajar Autisme sememanganya lebih tertarik dengan gajet . Melalui penggunaan gajet, secara tidak
langsung guru boleh menggunakan Youtube untuk dijadikan sebagai bahan
pengajaran kepada murid contohnya menunjukkan pengiraan nombor dan mengenali
haiwan. Oleh itu, ia dapat membantu guru mempelbagaikan teknik penyampaian supaya
pengajaran itu dapat menarik pelajar. Web 2.0 seperti Youtube membantu guru
untuk mengawal tingkah laku pelajar khususnya seperti pelajar Autisme yang
sering bertingkah laku tantrum di dalam kelas. Oleh itu, guru boleh
mengaplikasikan web 2.0 dengan memperdengarkan alunan muzik dan animasi-animasi yang menenangkan.
Facebook
sebagai medium penyampaian pengajaran. Guru menggunakan pembelajaran secara
bersemuka (live). Contohnya, guru
boleh mengaplikasikan kaedah ini walaupun tidak berada di persekitaran bilik
darjah. Secara tidak langsung, murid
boleh mengakses kepada pengajaran yang disampaikan oleh guru di Facebook
melalui live.
5.0 Kelebihan dan kekurangan web 2.0
Web
2.0 mempunyai kemudahan untuk berkomunikasi kerana web ini menyediakan komunikasi
secara serentak melalui ruang sembang seperti Facebook, Twitter, Gmail, Yahoo
Messenger dan lain-lain. Kemudahan ini memudahkan interaksi secara dua hala
walaupun berada di lokasi dan masa yang berbeza. Malah, ia juga memudahkan
perbincangan dan perkongsian maklumat dilakukan apabila mempunyai masalah atau
kekeliruan yang dihadapi.
Seterusnya,
web 2.0 ini membantu pengguna mendapat, mencari dan menerima maklumat dengan
lebih mudah dan cepat. Maklumat-maklumat ini boleh disebarkan, dikongsi dan
diperoleh melalui laman web yang boleh diakses oleh semua pengguna. Hal ini
akan menggalakkan perkongisan ilmu sesama pengguna. Keupayaan untuk mencipta
laman web seperti Wikipedia dan blog membolehkan pengguna untuk membuat
manipulasi kepada maklumat yang dipaparkan, membuat analisis, membekalkan
maklumat tambahan dan seterusnya menyebarkan kepada orang lain.
Bukan
itu sahaja, web 2.0 juga membantu dalam bidang pendidikan terutamanya kepada
guru dan pelajar untuk penggunaan seperti laman sosial menyokong proses pengajaran
dan pembelajaran menjadi lebih mudah dan menarik. Sebagai contoh, laman sosial
Facebook berfungsi sebagai medium untuk perbincangan dan perkongsian bahan
bantu mengajar. Youtube sebagai medium untuk membantu guru mempersembahkan dan
berkongsi video pengajaran yang menarik dan Twitter membantu dalam perbincangan
forum dan penyampaian maklumat. Oleh itu, melalui teknologi web 2.0, ia akan
menjadikan suatu pembelajaran itu lebih bermakna.
Kelemahan
web 2.0 boleh dilihat menerusi pandangan sesetengah pihak yang mengatakan
bahawa web 2.0 lebih menekankan kepada jalinan sosial antara pengguna seperti
yang telah kita lihat contohnya di dalam blog. Kebanyakan maklumat yang
diberikan atau dipaparkan di dalam blog agak sukar untuk dipercayai kerana
penggunaan blog ini lebih kepada memberikan pandangan atau pendapat tentang
sesuatu perkara. Kita haruslah berhati-hati dalam memilihymaklumat yang
disampaikan bagi mengelakkan mendapat maklumat yang tidak sahih.
Selain
itu, kekurangan web 2.0 juga adalah memerlukan capaian internet untuk
melayarinya. Hal ini akan menjadi masalah kepada pengguna yang berada di
kawasan pedalaman. Perkara ini akan menyebabkan kesukaran kepada mereka untuk
melakukan kerja dan mencari maklumat yang diperlukan terutamanya bagi pelajar yang
menggunakan web 2.0 ini sebagai salah satu platform di dalam melakukan tugasan
atau perbincangan.
Seterusnya,
aplikasi web 2.0 juga sering dikemaskini sehingga menyukarkan pengguna untuk
menggunakannya. Pencerobohan akaun juga mudah untuk berlaku dan menyebabkan
maklumat-maklumat peribadi dapat diketahui oleh pengguna-pengguna lain. Masalah
ini adalah serius kerana ia melibatkan maklumat peribadi pengguna tersebut di
mana ia secara tidak langsung boleh menyebabkan pengguna berada dalam keadaan
tidak selamat.
KESIMPULAN
Teknologi web 2.0 sememangnya tidak
dapat dinafikan lagi amat penting kepada dunia sekarang iaitu seiring dengan
perkembangan dunia yang semakin pesat membangun. Kami yakin manusia kini masih
lagi berada pada takuk pemikiran yang lama sekiranya web 2.0 ini tidak
digunakan. Segala perhubungan atau komunikasi juga akan menjadi lebih sukar.
Menurut pandangan kami sendiri, penggunaan web 2.0 ini sememangnya memberikan
banyak manfaat dalam semua bidang termasuk bidang pendidikan. Hal ini demikian
kerana penggunaan web 2.0 membantu meringankan
segala tugas harian. Pada pandangan kami sendiri, teknologi web 2.0 banyak
menguntungkan pelbagai pihak termasuklah dalam bidang pendidikan. Hal ini
kerana, penggunaan web 2.0 dapat membantu meringankan segala tugasan harian
kita.
Tidak dapat dinafikan juga, kewujudan
teknologi web 2.0 ini turut menyumbangkan kesan buruk seperti peningkatan
gejala sosial akibat dari penyebaran maklumat yang tidak bermoral melalui
rangkaian sosial hasil cetusan teknologi web ini. Hal ini memberikan gambaran
dan kesan buruk terhadap seseorang individu, masyarakat, dan negara kita.
Walaubagaimanapun, kami yakin bahawa kesan buruk yang tersebar akibat daripada
perkembangan teknologi web 2.0 ini dapat dibendung sekiranya individu,
masyarakat dan negara sendiri mempunyai sikap bertanggungjawab yang tinggi
dalam penggunaan teknologi web 2.0 ini. Sikap positif seseorang akan mendorong
perkembangan teknologi ini pada masa akan datang.
Sejurus dengan pendidikan juga, golongan
ini seharusnya memanfaatkan kemudahan teknologi ini agar masyaarakat akan
datang lebih pandai dalam penggunaan teknologi ict. Pelbagai kaedah dapat
dilakukan untuk melahirkan pelajar- pelajar yang celik tentang IT, salah satu
cara adalah dengan memastikan kerja-kerja yang dilakukan lebih menjurus kepada
penggunaan komputer dalam pendidikan. Sehubungan dengan itu, tenaga pengajar
terlebih dahulu mesti mempunyai ilmu berkaitan teknologi ini. Saya berharap,
segala cadangan dan teknik-teknik untuk memperkembangkan penggunaan teknologi
yang dijalankan di luar negara dapat di praktikkan di negara Malaysia.
perkongsian maklumat mengenai Web 2.0 yang jelas dan mudah difahami
ReplyDelete