10 YOUTUBE
1. Wireless TV Listening System for Moderate to Severe Hearing Impairment
AfterShokz Wireless TV ialah teknologi yang membantu individu masalah pendengaran mendengar audio dari telinga ke otak. Teknologi ini mempunyai getaran yang membolehkan audio atau bunyi dikesan ke melalui tulang kepala. Getaran menghantar bunyi dari tulang pipi ke telinga sehingga membolehkan bunyi untuk mencapai koklea tanpa menggunakan gegendang telinga.
2. Motion Savvy
Teknologi ini ialah teknologi yang membantu individu masalah pendengaran dengan mengecam gerak isyarat untuk memudahkan individu pekak berkomunikasi menggunakan bhasa isyarat.
3. Cool Stuff for Blind, Deaf and Non Verbal People
Teknologi-teknologi dalam membantu individu kelainan upaya untuk mereka berkomunikasi, mobiliti, pertuturan dan sebagainya.Antara teknologinya ialah Call Phone, yang menyediakan paparan mesej penutur di paparan hadapan bagi membantu individu pekak membaca dan memahami komunikasi.
4. Ditto Vibrating Notification Device for Hearing Loss
4. ViiO Travel Aid for Blindness
ViiO Travel Aid membantu orang cacat penglihatan untuk perjalanan secara bebas dengan keyakinan mutlak, sama seperti masyarakat umum. Alat ini bertujuan untuk mengurangkan jurang sosial yang sedia ada antara masyarakat kita dan orang cacat penglihatan. Dengan menggabungkan teknologi terkini ke dalam alat ini, ia bertindak navigasi sebagai pintar dan inovatif dalam dan luar negara untuk mencari arah dalam perjalanan yang sangat penting bagi individu cacat penglihatan.
5. MIT Finger device read for blind
peranti bacaan audio untuk cacat penglihatan yang boleh digunakan dengan sapu jari. Satu suara disintesis membaca perkataan dengan kuat, cepat menterjemahkan bahan bacaan.
6. eSight for Visual Impairment
Teknologi kaca mata yang mempunyai kuasa tinggi bagi membantu individu masalah penglihatan. Teknologi ini tidak memerlukan masalah penglihatan membuat pembedahan.
7. Technology for blind
Teknologi jejari yang direka khas bagi individu masalah penglihatan. Teknologi ini mempunyai sensor yang mengesan sentuhan jari pada mana-mana permukaan dan akan menghantar isyarat ke telinga pengguna.
8. Mountbatten Brailler
The Mountbatten adalah merupakan salah satu teknologi penting untuk individu buta dalam pendidikan, di tempat kerja dan di rumah kerana ia merupakan pembaharuan mesin Braille yang mempunyai reka bentuk lebih menarik dan mudah.
9. Dyslexic Assistive Tech - Scanning Pen
Pen berteknologi boleh membantu mengurangkan keperluan untuk pelajar yang mengalami masalah bacaan untuk menggunakan pembantu guru dalam peperiksaan
10. Buzzies for Autism
Produk teknologi bagi membantu kanak-kanak Autisme. Teknologi ini merupakan salah satu terapi kepada kanak-kanak Autisme untuk mengurang tekanan atau stress yang sering dihadapi oleh mereka.
terima kasih atas perkongsian
ReplyDelete